Hari ni sampai lambat sedikit. Berita sedih...;-(
Seekor dari 10 ekor yang pindah ke reban mati. Rupanya semalam, ~1pagi hujan lebat. Tempias hujan terkena ayam. Ayam ni masih kecil, kesejukan walaupun ada lampu. Sebaik2nya ada lampu mentol, tapi di kebun tak ada elektrik, kenalah pakai pelita...
Anak ayam yang masih terkejut ...tak makan sehinggalah pukul 11pagi..kata Lan
Kangkung nampaknya dah boleh petik....oleh kerana tanam jarang2, nampak macam sikit. Lepas ni kena beli banyak sikit benih....tabur rapat2.
Kacang panjang, minggu depan dah boleh pasang tali rapia..
Petik kacang.....walaupun tak dijaga sepenuhnya, hasilnya memuaskan...
Sebelum balik ke rumah, tiba2 ada banyak burung walet terbang di kawasan kebun rupanya ada banyak anai2 dan dragon fly... keyang burung ni...
Dalam pukul 2.30pm, balik ke rumah
Petang sikit datang semula, pindahkan anak cili ke polibeg...
Petang sikit datang semula, pindahkan anak cili ke polibeg...
Maghrib...
Lepas solat, aku beli makanan. Azam makan maggi goreng, aku dan Lan makan nasi goreng.
Sebelum balik, ayam dah mula aktif semula...
Sementara terpaksa letak di luar pondok.
Lepas tu balik...Esok pusingan semula routine mingguan yang membosankan...KERJA KERJA KERJA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan