Ahad, 5 April 2009

4/4/09 - tanam tebu di pagoh


Pokok jarak di Pagoh dah tinggi, lebih kurang 5 kaki.


Tak sangka kat kampung ada orang dah mula tanam tebu, betul2 tepi highway. Aku sempat ambil gambar. Pucuk yang keluar seragam betul....

4/4/09 - Balik kampung Pagoh

Pagi ni dapat berita suami mak saudara meninggal kerana semput. Selepas melawat aku singgah di rumah abah di Pagoh tengok pam lama. Abah kata pam ni masih boleh digunakan tetapi kos membetulnya masih belum tentu. Rasanya minggu depan nak ambil cuti bawa pam ni ke bengkel untuk repair.


Isnin, 30 Mac 2009

Tabur baja lembu pada 29/3/09


Lepak.....bukan senang nak senang...

Lunch hour di tapak project


Good signed. Benih dah mula bertunas....

Tebu


Tebu dah mula bertunas. Gambar ni bertarikh 22/3/09.

Projek Bumi Hijau di belakang rumah


Sabtu, 21 Mac 2009

Aktiviti 20-Mac-09



Lepas solat Jumaat terus ke kebun. Sesak di MITC sebab PKR/PAS hantar memorendum suruh Tok Ali letak jawatan. FRU merata2. Sampai ke kebun, ambil banyak gambar benih pisang yang tengah membesar. Yang belum tumbuh pucuk pun banyak. Ni yang merisaukan aku dan fandi. So ambil keputusan tangguh tambah lagi 200 pokok. Cuba nak siram Ahad ni.

16-3-09 Aktiviti



Petang famili Afandi dan Badrul datang membantu menanam tebu. Meriah. Dalam pukul 6 hujan. Lepak makan di kedai abang Nordin.
Sebelum balik sempat jumpa Pakcik Ujang. Dia tunjukkan rumah Pakcik Jamil pisang. Si Hidayah asyik mengadap anak kambing.

Rabu, 11 Mac 2009

Anak katak di kebun


Cuaca bagus, Alhamdullillah. Sampai Jumaat hujan.

Aktiviti 9-Mac-09



8-Mac, baja tak sempat tabur semua sebab dah nak dekat Maghrib. Hari ni pergi lagi bawa Hidayah. Dia excited nak ke kebun. Hidayah tolong taburkan baja.

Aktiviti 8-Mac-09



Pagi2 hantar isteri ke klinik. Lambat ke kebun. Bonet penuh dengan tebu. Kereta sorong pun sumbat sekali. Mendap absorber suria aku. Sampai ke kebun Fandi dan iparnya sedang pasang pagar.
Belah petang operasi menanam tebu. Total >200 keratan. Lepas gali lubang letak baja cacing dan letak keratan. Timbuskan keratan sehingga nampak sedikit atas keratan.


Selasa, 3 Mac 2009

Follow up kerja2 gali lubang

Balik kerja terus ke kebun follow up kerja gali lubang dan tanam pisang. Nampaknya ada 4 baris yang Nazri gali. (18 X 4 lubang)
Deretan yang sudah ditanam
Benin tumpang di rumah abg Mahat

Isnin, 2 Mac 2009

Bakal CEO & CFO


Singgah ke ladang tebu

"Hang Tua" dari Melaka. Akhirnya kahwin juga sahabat kita..yg lain tu bila..

















On the way balik dari kenduri kawin di Felda Chemomoi, sempat singgah ke beberapa ladang tebu , sebelum sampai ke pekan Kuala Pilah. Tujuan nak benchmark cara tanam. Generally pekebun tanam jarak antara rumpum besar 3-5 kaki. Gambar pulak tu tak boleh download dari camera. Ni cuma gambar tebu yang baru dibeli dari Zaini.




Update


At last dpt download gambar ladang tebu.





Ramalan cuaca sehingga Rabu

Cuaca bagus, at least petang hujan.

Sabtu, 28 Februari 2009

Ramalan Cuaca sehingga Isnin


Alhamdullillah.

Pagar oh pagar



Bila anak pisang sampai, semua plan jadi kelam kabut sedikit. Mula2 plan nak pasang kawat pagar, gali lunag perigi dan tandakan tempat pisang. End up gali lubang pisang , tu pun dapat tak sampai 30 lubang. Baki minta tolong Nazri sambungkan. Budak ni memang rajin. Kesian tengok dia sebab katanya tak ada kerja, ayam itik kena beli makanan. So, ambil dia jadi pekerja sementara.

Gali perigi lagi


Dengan bantuan Nazri, seorang penduduk kampung yang serba boleh. Boleh buat apa saja kerja kampung. pagi lagi dia dah sampai. Mula2 cuba gali dengan ada mata air. Oleh krn terlalu banyak air, dia pergi ambil pam dari rumah. Petang baru dapat keringkan perigi.

Hari ini sebenarnya merancang nak buat lubang untuk pisang, entah macamana pakcik Ujang bawa abg Jamil bersama dengan 500 anak pisang. Kelam kabut aku dan Afandi. Satu anak benih 80 sen. Mahal tu. Apa nak buat orang dah penat2 hantar.Minggu depan lagi 500 pokok sampai tapi dapat harga kurang dari 60 sen.







Masa nak alihkan anak pisang ke bawah pokok, nampak anak2 penduduk kampung berbasikal. Aku panggil ramai2 minta tolong susunkan pisang. Mula2 terpinga-pinga, bila aku cakap ada upah berebut-rebut nak tolong. Kalau tak tak larat nak susun 500 benih. Tiap2 sorang aku bagi RM2. Senyum panjang... Yang belah kanan anak abg Mahat.

Sabtu, 21 Februari 2009

Hujan Rahmat

Dah lama tak update blog. Hari2 ada sahaja kerja yg perlu dibuat.
Setelah sekian lama tak hujan, petang semalam hujan akhirnya turun dengan lebatnya. Tak sabar rasanya nak mula menanam keledek dan pisang. Petang tadi sudah siap pasang tiang untuk pagar.

Rabu, 11 Februari 2009

Korek Perigi lama


Petang sempat ke Kebun follow up JCB korek perigi lama. Tak sempat ambil gambar. Camera tertinggal dalam kereta. Gali almost 15 kaki. Tanah lembab tetapi belum ada mata air keluar. Kata Cina JCB, kawasan ni dulunya banyak air dan tak pernah kering. Dia suruh tunggu 2-3 hari. Mungkin ada air keluar. Tanah bukit selalunya keras dan air keluar mungkin lambat.
Dia kata tanah kalau berpasir sikit sesuai untuk tanam lada.

Tengahari esok aku akan follow up.
Katanya lagi
Dia ada pengalaman ratakan kawasan hutan lebih kurang tanah kat sini, cilinya sama tinggi dengan kita. Macam tak percaya...

Sumber Air

Air...air...air. Macamana nak dapat sumber air. Bila tanya dengan pegawai pertanian, tiada peruntukan. Ni yang masalahnya. Pakcik ujang pun tak ada info. Tapi aku tak putus asa. Aku browse forum 2 pertanian. Aku search yang berkaitan dengan telaga/perigi. Ada seorang mamat tu beri idea supaya menghubungi JPS tempatan. Manalah tahu peruntukan dari kerajaan. Aku ke website JPS melaka dan dapat email seorang yang bertitle Ir. Aku hantar email, tak sampai 2 jam ada orang call nak pergi tengok tapak projek. Apa lagi, terus aku ambil half day keesokkannya. Wakil JPS mengatakan yg ada kemungkinan perigi sudah tak ada air. Dia kata ada peruntukan tube well. So dia nak propose agar tempat aku dijadikan perintis tetapi memakan sedikit masa. Aku setuju. Aku kata yang aku ada rancang nak korek pakai JCB. Dia kata proceed , kalau ada air call dia. (tbc)

Selasa, 3 Februari 2009

Plan 4/2/09

1. Buka akaun bank Agro - Fax kp En Rashid - done
2. Jumpa Hj Ketik dapatkan salinan geran - fax kp En Rashid - done
3. Jumpa Pakcik Ujang (harga kayu leban/benih pisang/tebu) - on going
4. Apply leave hari Jumaat - cancelled
5. Korek telaga - on going

Boringnya kat Office...



Hari2 kat office asyik pikir pasal kebun aje...tak boleh fokus. Setiap masa check jam dinding bilalah masa aku nak balik.

Overview jarak tapak project 1 dan 2

Isnin, 2 Februari 2009

Pandangan satelit untuk project 2

Dari measurement google map, luar kawasan dalam sekitar 5.6 ekar. Masih dalam peringkat awal. Masih nego sewa....

Amaran dari CFO


CFO tiba2 naik angin bila dapat tahu ada orang menceroboh tapak projek. Oleh kerana marah tak terkata, aku sempat merakamkan aksi ngeri dia. Gambar ini ditujukan kepada siapa yang berani masuk lagi...dengan ucapan...kirim salam..

luas sebenar tanah

Dengan menggunakan google map, keluasan sebenar dapat dikira. Anggaran keluasan lebih kurang 3.14 ekar. Lebih kurang sama dengan ukuran yang dibuat tempohari.

Pelau memelau sudah bermula....

pelau di belakang sempadan
pelau di bahagian tengah
pelau di bahagian depan

Petang Ahad hamping 50% kawasan tanah sudah dipelau. Plan pelau sebanyak 2x, sekurang2nya 1 kaki dalam. Lewat petang sempat ke rumah Pak Ujang membayar separuh dari upah bajak.

Meninjau tapak bersama Isteri dan anak


Semalam, aku berkesempatan membawa isteri dan anak2 ke tapak projek. Aku kata pada anak ; " inilah tempat kerja baru ayah..."

Ahad, 1 Februari 2009

Jumaat, 30 Januari 2009

11.33 pagi Jan 30, 2009

Tepat pukul 11.33 pagi, keseluruhan tanah telah berjaya diratakan. Selepas ni, bajak dan rotor.