Khamis, 10 Jun 2010

Kos tanaman limau nipis dan limau kasturi

Informasi ni dpt dari blog En Ashik dari Seremban;
Soalan 1:

Apakah kos penanaman seekar limau nipis?
1. Kos pembersihan tanah dan membajak = >< RM800
2. Kos benih untuk seekar limau nipis = Jarak penanaman 13x13 kaki = sebanyak 250 btg pokok.
3. Benih = RM4 sebatang. Oleh itu kos keseluruhan benih = RM 1000
4. Kos tenaga kerja menanam = RM200 (2 pekerja x 2 hari)
5. Kos baja = RM400 utk pertama kali

Soalan 2:

Apakah kos benih untuk penanaman 2 ekar limau kasturi?
1. Kos benih limau kasturi sebatang = RM4
2. 2 ekar = 8 ka x 8 kaki = 800 batang x RM4 = 3200 (tidak termasuk pengangkutan)


Soalan 3:

Kualiti kulit limau kasturi tidak memuaskan. Ia tidak licin, nampak seperti rosak (berbintil2). Bagaimana cara penjagaannya supaya kulitnya nampak bersih?

Kepada persoalan di atas saya cadangkan gunakan racun ulat seperti Malathion, Karate, Thiodan. Salah satu daripada racun tersebut boleh digunakan ketika buah mula berputik sehingga memetik hasil. Sembur setiap dua minggu. Dua minggu selepas buah berputik taburkan baja buah di keliling hujung daun. Sertakan sekali dengan baja siraman kepada pokok.

Sekian buat masa ini. Jika ada lagi yang boleh dikongsi saya kongsi ok. Ada lagi beberapa email yang saya masih belum jawab. Apa-apa pun sebenarnya jabatan pertanian yang terdekat juga boleh membantu kita semua dalam kemusyikilan kita mengenai penanaman limau ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan