Khamis, 29 Julai 2010

Doa

Janganlah kelambatan masa pemberian Allah kepadamu, padahal kamu bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang IA kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada masa yang ditentukanNYA, bukan pada waktu yang kamu tentukan.

Ahad, 18 Julai 2010

17-7-2010

Saudara terdekat Afandi datang melawat kebun,,,,thanks for coming....
 .
Dalam 30-45minit,,,baru dapat petik banyak ni...
 .


 .
Ni kena penyakit....
 .
Anak ayam fasa ke-2, semuanya hidup dan sedang membesar...
.
Anak ayam fasa pertama, setakan ni 7 ekor masih hidup...2 mati kesejukan, 1 mati sakit dan lagi satu dalam perhatian (sakit)....

15-7-2010 --> Kebun di serang JCB

Hari ni dapat sms daripada Wak Lan. Betul2 ribut sebab tak faham apa yang diSMS. Bila Fendi call balik, rupanya JCB sudah lenyek batas kacang dan kangkung. Bergegaslah shareholder ke HQ. Tak boleh buat apa2...total loss...apa lagi...pegi cari si JCB driver lah....nego2 dia sanggup bayar RM50....nak minta lebih2 kesian pulak sebab gaji JCB tak seberapa...kira halallah....moga Allah murahkan rezeki kami.
 .
Pisang berangan - yg kena sakit kuning...buah pun tak besar...
 .
Pisang ni sepatutnya dah mati tapi masih nak keluar jantung pisang...Allah Maha Besar....
 .
CFO sedang menafsirkan kerugian.....COBAAN...

7-7-2010

Pisang ooo pisang.....

Cili......masyuk...masyuk...
..


Ni lah pertama kali kita orang tengok pokok kacang panjang renek...yg bagusnya pokok ni tak perlu buat sokongan....jimat sikit kos cuma kacang bila panjang kadang2 akan jejak ke tanah. Kalau kawasan tanaman ada tikus, alamat malam2 ada dinner lah dia orang.... 

Ni kacang panjang biasa. Ni baru cubaan sahaja...belum betul2 nak cormersialkan sebab focus sekarang lebih kepada cili, pisang dan limau nipis....

Ni nak cabaran penanam cili....penyakit daun kerinting dan benah putih. Peluang cili nak hidup kalau kena penyakit ni hampir tak ada harapan.....kalau tak sabar...dah lama gulung tikar...sebab tu lah cili padi harga >RM10/kg
 ..
 Selingan - anak ayam terkena penyakit ....di asingkan takut berjangkit....moga Allah panjangkan usiamu...dapatlah aku sembelih buat lauk raya tahun ni....

4-7-2010 - Penyakit Cili dan Pisang

Kajian - bila dicabut cili yang daun kerinting, didapati akar amat pendek dan tidak membesar secara normal. Ini menunjukkan nutrien tidak dapat sampai ke daun untuk tumbersaran yang sihat.

 

Overview pisang...

.


Penyakit daun kuning....kami bertawakkal kepada Allah. Kita berusaha, Allah yg menentukan...