Ahad, 7 Jun 2009

3-6-09 Abah Mak ke Kebun

Ingatkan pagi Isnin ni nak ke pejabat, kebetulan mak abah datang dan berhajat nak ke kebun. Aku pun sms boss, ambil half day. Abah aku terperanjat sikit tengok progress kebun. Dah ada tandas 5 star pulak tu.
Mak menung jauh. Abah tengah hantar sms.
Sempat baca paper. Hidayah dan Azam main pasir.
Kereta hijau apa lagi...

Lepas tu sempat ke Kg Paabas Masjid Tanah rumah mertua Afandi. Nak tengok kolam ikan. Gambar bawah - entah apa yg dibualkan.

30-5-09 Ke KL

Pagi2 sebelum bertolak ke KL singgah ke kebun bersama anak beranak dan mertua. Masa tu Fandi ada sorang2 sebab mat Indon absent pulak hari tu.
Ni bakal petani moden 10 tahun lagi.


Masa di pasar tani Mardi, panas betul. Ingatkan harga anak benih murah, rupanya mahal. Ada ke nak jual aku limau sambal tinggi dalam sekaki RM8??
Bila tengok lada putih ni teringat semasa aku ke Kota Baru tahun lepas. Kat sana melambak2.