Sabtu, 28 Februari 2009
Pagar oh pagar
Bila anak pisang sampai, semua plan jadi kelam kabut sedikit. Mula2 plan nak pasang kawat pagar, gali lunag perigi dan tandakan tempat pisang. End up gali lubang pisang , tu pun dapat tak sampai 30 lubang. Baki minta tolong Nazri sambungkan. Budak ni memang rajin. Kesian tengok dia sebab katanya tak ada kerja, ayam itik kena beli makanan. So, ambil dia jadi pekerja sementara.
Gali perigi lagi
Hari ini sebenarnya merancang nak buat lubang untuk pisang, entah macamana pakcik Ujang bawa abg Jamil bersama dengan 500 anak pisang. Kelam kabut aku dan Afandi. Satu anak benih 80 sen. Mahal tu. Apa nak buat orang dah penat2 hantar.Minggu depan lagi 500 pokok sampai tapi dapat harga kurang dari 60 sen.
Masa nak alihkan anak pisang ke bawah pokok, nampak anak2 penduduk kampung berbasikal. Aku panggil ramai2 minta tolong susunkan pisang. Mula2 terpinga-pinga, bila aku cakap ada upah berebut-rebut nak tolong. Kalau tak tak larat nak susun 500 benih. Tiap2 sorang aku bagi RM2. Senyum panjang... Yang belah kanan anak abg Mahat.
Sabtu, 21 Februari 2009
Hujan Rahmat
Dah lama tak update blog. Hari2 ada sahaja kerja yg perlu dibuat.
Setelah sekian lama tak hujan, petang semalam hujan akhirnya turun dengan lebatnya. Tak sabar rasanya nak mula menanam keledek dan pisang. Petang tadi sudah siap pasang tiang untuk pagar.
Setelah sekian lama tak hujan, petang semalam hujan akhirnya turun dengan lebatnya. Tak sabar rasanya nak mula menanam keledek dan pisang. Petang tadi sudah siap pasang tiang untuk pagar.
Rabu, 11 Februari 2009
Korek Perigi lama
Petang sempat ke Kebun follow up JCB korek perigi lama. Tak sempat ambil gambar. Camera tertinggal dalam kereta. Gali almost 15 kaki. Tanah lembab tetapi belum ada mata air keluar. Kata Cina JCB, kawasan ni dulunya banyak air dan tak pernah kering. Dia suruh tunggu 2-3 hari. Mungkin ada air keluar. Tanah bukit selalunya keras dan air keluar mungkin lambat.
Dia kata tanah kalau berpasir sikit sesuai untuk tanam lada.
Tengahari esok aku akan follow up.
Katanya lagi
Dia ada pengalaman ratakan kawasan hutan lebih kurang tanah kat sini, cilinya sama tinggi dengan kita. Macam tak percaya...
Sumber Air
Air...air...air. Macamana nak dapat sumber air. Bila tanya dengan pegawai pertanian, tiada peruntukan. Ni yang masalahnya. Pakcik ujang pun tak ada info. Tapi aku tak putus asa. Aku browse forum 2 pertanian. Aku search yang berkaitan dengan telaga/perigi. Ada seorang mamat tu beri idea supaya menghubungi JPS tempatan. Manalah tahu peruntukan dari kerajaan. Aku ke website JPS melaka dan dapat email seorang yang bertitle Ir. Aku hantar email, tak sampai 2 jam ada orang call nak pergi tengok tapak projek. Apa lagi, terus aku ambil half day keesokkannya. Wakil JPS mengatakan yg ada kemungkinan perigi sudah tak ada air. Dia kata ada peruntukan tube well. So dia nak propose agar tempat aku dijadikan perintis tetapi memakan sedikit masa. Aku setuju. Aku kata yang aku ada rancang nak korek pakai JCB. Dia kata proceed , kalau ada air call dia. (tbc)
Selasa, 3 Februari 2009
Plan 4/2/09
1. Buka akaun bank Agro - Fax kp En Rashid - done
2. Jumpa Hj Ketik dapatkan salinan geran - fax kp En Rashid - done
3. Jumpa Pakcik Ujang (harga kayu leban/benih pisang/tebu) - on going
4. Apply leave hari Jumaat - cancelled
5. Korek telaga - on going
2. Jumpa Hj Ketik dapatkan salinan geran - fax kp En Rashid - done
3. Jumpa Pakcik Ujang (harga kayu leban/benih pisang/tebu) - on going
4. Apply leave hari Jumaat - cancelled
5. Korek telaga - on going
Boringnya kat Office...
Isnin, 2 Februari 2009
Pandangan satelit untuk project 2
Amaran dari CFO
luas sebenar tanah
Pelau memelau sudah bermula....
Petang Ahad hamping 50% kawasan tanah sudah dipelau. Plan pelau sebanyak 2x, sekurang2nya 1 kaki dalam. Lewat petang sempat ke rumah Pak Ujang membayar separuh dari upah bajak.
Meninjau tapak bersama Isteri dan anak
Ahad, 1 Februari 2009
Langgan:
Catatan (Atom)