Jumaat, 30 Januari 2009
90% Siap
Sabtu, 24 Januari 2009
Pecah Tanah Kebun Kg Setulang Daeng
Boleh buat ke???
Dah masuk minggu ke-3 tahun baru 2009. Azam baru..... nak lebih serious dalam bidang pertanian. Rakan kongsi (Fandi) bersemangat untuk memulakan 'hidup baru' dalam bidang ni. Sebelum ni asyik mengurus orang, sekarang nak uruskan ladang. Boleh ke sebelum ni pegang notebook ke hulu ke hilir meeting tak habis2, terus pegang cangkul, mesin rumput, sabit, parang.. peluh tak sempat kering dah sambung kerja...???
Anak lada F1 Kulai
Selasa, 13 Januari 2009
AR Agro?
Inilah muka2 yang akan bermandikan peluh dan tanah dalam masa terdekat. Bekerja di tempat yang sama memudahkan perbincangan dan perancangan projek ni. Tempat bekerja pun suram aje sebab permintaan dari customer merosot. Saat2 ini yang kami tunggu selama ini. Tahun Baru Cina ni cuti satu minggu. Apa lagi, pulun maksimum......
Background belakang gambar menunjukkan kawasan yang telah berjaya dimesin rumputkan dengan tulang empat kerat.
Background belakang gambar menunjukkan kawasan yang telah berjaya dimesin rumputkan dengan tulang empat kerat.
Isnin, 12 Januari 2009
Sabtu, 10 Januari 2009
Tanah di Kampung Setulang Daeng
Dalam 10.50pagi, Pak Aji Kecik bagi melihat sempadan tanah yang dipajakkan. Terdapat pokok limau nipis dan nangka. Pokok2 ni tak boleh ditebang. Gambar di bawah adalah pandangan setelit dari Google Map. Luas kawasan lebih kurang 3 1/2 ekar. Pukul 12.30tgh, Afandi dan mertua serta abg Ipar dtg membersihkan kawasan semak.
Sekarang kami sedang meminta khidmat nasihat dari En. Rashid dari Jabatan Pertanian yang terdekat (Pulau Gadong). Respon dari En. Rashid amatlah menggalakkan. Beliau menasihatkan kami agar meninjau atau melawat usahawan ladang yang sudah berjaya sebelum menceburi dan belajar dari mereka. Saya ada mencadangkan tanaman tebu, serai dan pisang. Dia menambah yang keledek gendut pun mempunyai permintaan yang baik. Menarik. Banyak perkara yang perlu dipelajari.
Langgan:
Catatan (Atom)