Sabtu, 8 Oktober 2011

Aktiviti 8-10-11

Pagi2 selepas kuliah Subuh Ustaz Sukri...aku ke kebun...sempat meracun dalam 4-5 tong. Lalang dan rumput dah mula bermaharaja lela...
Petang turun lagi dgn isteri & anak2.....siram pokok limau dan amak pisang yang baru tanam...

Sendiri lagi

Setelah 2 tahun bersama2 dgn partner, akhirnya Afandi tarik diri. Maka tinggallah aku seorang....yg paling mencabar nak maintain rumput/lalang yg semakin panjang.....

Isnin, 24 Januari 2011

Salam Tahun Baru 2011

Macam2 berlaku sepanjang blog ni tak di updatekan. Suka duka...hanya aku dan partner rasa. Sedih sebab bulan ni bulan terakhir Martilan bekerja...Keputusan yg tak dijangka terpaksa dibuat. Lan akan bekerja di tempat lain. Sepanjang Lan berkerja di Argotech, terlalu banyak sumbangan telah dicurahkan bukan sahaja kepada kami tetapi kepada penduduk kampung amnya......
Latest decision, kami akan cuma menyewa tanah di sebelah bawah, memandangkan tanah di atas tidak memberi hasil yg di jangka...kami redha di atas ketentuan Allah, kita hanya merancang tetapi Allah adalah Perancang yang terbaik....Moga2 Allah memberi petunjuk agar keputusan yg kami buat adalah yg terbaik untuk kami....

Ahad, 26 September 2010

Salam Aidil Fitri

Dah lama tak update blog ni. Maklumlah dari bulan puasa sehinggalah rasa, sebuk memanjang...bulan ni cubalah curi2 update blog....
perkembangan terbaru, semalam kami baru terima 500 pokok limau kasturi dan limau nipis dari Muar. Rancangan nak tanam limau di sepanjang lurah bukit kebun ni...gambar2, nantilah...sejak bluetooth handphone ni ada problem, lambat sikit nak hantar gambar ke notebook...

Isnin, 13 September 2010

Khamis, 29 Julai 2010

Doa

Janganlah kelambatan masa pemberian Allah kepadamu, padahal kamu bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang IA kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada masa yang ditentukanNYA, bukan pada waktu yang kamu tentukan.

Ahad, 18 Julai 2010

17-7-2010

Saudara terdekat Afandi datang melawat kebun,,,,thanks for coming....
 .
Dalam 30-45minit,,,baru dapat petik banyak ni...
 .


 .
Ni kena penyakit....
 .
Anak ayam fasa ke-2, semuanya hidup dan sedang membesar...
.
Anak ayam fasa pertama, setakan ni 7 ekor masih hidup...2 mati kesejukan, 1 mati sakit dan lagi satu dalam perhatian (sakit)....

15-7-2010 --> Kebun di serang JCB

Hari ni dapat sms daripada Wak Lan. Betul2 ribut sebab tak faham apa yang diSMS. Bila Fendi call balik, rupanya JCB sudah lenyek batas kacang dan kangkung. Bergegaslah shareholder ke HQ. Tak boleh buat apa2...total loss...apa lagi...pegi cari si JCB driver lah....nego2 dia sanggup bayar RM50....nak minta lebih2 kesian pulak sebab gaji JCB tak seberapa...kira halallah....moga Allah murahkan rezeki kami.
 .
Pisang berangan - yg kena sakit kuning...buah pun tak besar...
 .
Pisang ni sepatutnya dah mati tapi masih nak keluar jantung pisang...Allah Maha Besar....
 .
CFO sedang menafsirkan kerugian.....COBAAN...

7-7-2010

Pisang ooo pisang.....

Cili......masyuk...masyuk...
..


Ni lah pertama kali kita orang tengok pokok kacang panjang renek...yg bagusnya pokok ni tak perlu buat sokongan....jimat sikit kos cuma kacang bila panjang kadang2 akan jejak ke tanah. Kalau kawasan tanaman ada tikus, alamat malam2 ada dinner lah dia orang.... 

Ni kacang panjang biasa. Ni baru cubaan sahaja...belum betul2 nak cormersialkan sebab focus sekarang lebih kepada cili, pisang dan limau nipis....

Ni nak cabaran penanam cili....penyakit daun kerinting dan benah putih. Peluang cili nak hidup kalau kena penyakit ni hampir tak ada harapan.....kalau tak sabar...dah lama gulung tikar...sebab tu lah cili padi harga >RM10/kg
 ..
 Selingan - anak ayam terkena penyakit ....di asingkan takut berjangkit....moga Allah panjangkan usiamu...dapatlah aku sembelih buat lauk raya tahun ni....

4-7-2010 - Penyakit Cili dan Pisang

Kajian - bila dicabut cili yang daun kerinting, didapati akar amat pendek dan tidak membesar secara normal. Ini menunjukkan nutrien tidak dapat sampai ke daun untuk tumbersaran yang sihat.

 

Overview pisang...

.


Penyakit daun kuning....kami bertawakkal kepada Allah. Kita berusaha, Allah yg menentukan...

Jumaat, 25 Jun 2010

19-6-2010 Jual Kangkung dan Jantung Pisang

Lepas penat lelah menyusun kayu...operasi memetik kangkung dan jantung pisang....peraih kat Alor Gajah sanggup beli.....asal boleh dpt fulus...jalan....



19-6-2010 Banyak aktiviti hari ni


Pagi2 dah mula membersihkan parit pisang sementara menunggu Lori sampai. Sale Director (Ir Afandi) dpt sms ada tempahan daun pisang sebanyak 20,000g (20kg);-). So apa lagi, operasi potong dahan pisang yang berlebihan. Mana2 pisang yg belum berbuah, max dahan tak boleh >7 dan yg dah berbuah tak boleh >5 dahan. Kumpul2 dpt 40kg+++.


Lepas hantar ke Peringgit, terus ke Taman Tasik nak ambil kayu terpakai...
paanas gila, bak kata Lan "Garing Pak"...


CFO kehausan....

Lepas unload ke kebun...boleh buat rumah kongsi...

Sabtu, 19 Jun 2010

Fakta tentang limau nipis/kasturi

Tahukah anda:
1. Pokok limau akan mengeluarkan jumlah pengeluaran yang terbaik apabila ianya berumur 4 tahun ke atas.
2. Pengeluaran hasil pokok limau boleh bertahan sehingga 15 tahun.
3. Harga anak pokok limau nipis/kasturi ~RM3/sepokok
4. 7 kg sebulan/sepokok. setangkai buah limau nipis antara 4 - 7 biji.(En Adly)
5. Serangan semut api yang kecil2 adalah salah satu masalah.
6. Baja limau kasturi yg bagus bioenzyme. peladang  claim boleh dpt 15-20 kg sepk sebulan.

Ehsan dari blog En Ashik

Jumaat, 18 Jun 2010

18-6-2010

Pagi2 Lan dah mula petik Cili Padi...sepanjang minggu dah petik >8kg..


Azam petik bendir'
.

Campurkan tambah lagi 12 ekor ayam kampung (6 ekor ayam leher botak)

 .

Bendir ni jenis warna putih....
Tengahari Lan modified reban, nak asingkan anak yang yg sudah besar bandingkan dengan kecil.